PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN (BAKTIDESA) KKDW

LATAR BELAKANG

  • Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KKDW dimulakan pada 21 Julai 2005 dengan tujuan untuk menyediakan satu (1) mekanisme bantuan kewangan kepada pelajar miskin/miskin tegar di LUAR BANDAR yang memohon untuk mendapatkan sumber bantuan kewangan sebagai persediaan melanjutkan pelajaran.

  • Bantuan yang disediakan adalah berbentuk pemberian secara "one off" sebagai persediaan untuk memasuki institusi pendidikan berkaitan yang telah diiktiraf seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), MRSM, Sekolah Harian/Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Pusat Pengajian (Latihan/Pendidikan) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

  • Kadar bantuan bagi setiap peringkat pengajian adalah sepertimana di Jadual:

    Jenis Bantuan Peringkat Pengajian Kadar Bantuan
    Bantuan Persediaan Kemasukan ke Sekolah/Institusi Pengajian   SBP,MRSM,Sek.Harian/Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi,   Pusat Pengajian (Latihan/ Pendidikan bertaraf Sijil) RM500.00
    Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Pertama RM1,000.00

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Syarat-syarat yang melayakkan pelajar untuk memohon Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KKDW adalah seperti berikut:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan belum berkahwin;

  • Jumlah pendapatan keluarga pemohon adalah sepertimana yang tercatat pada Jadual Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 di bawah;

    Wilayah(Luar Bandar) Kategori Miskin Kategori Miskin Tegar
    Isi Rumah (RM) Per Kapita (RM) Isi Rumah (RM) Per Kapita (RM)
    RM2,199 RM567 RM1,142 RM290

  • Telah ditawar/diterima masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Harian/ Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Institut Latihan Kemahiran yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) secara sepenuh masa;

  • Kursus dan bidang latihan yang dijalani perlu mendapat pengiktirafan badan-badan Kerajaan seperti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), JPK atau badan-badan lain yang berkaitan; dan

  • Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh surat tawaran diterima.

Sila klik di bawah untuk tatacara permohonan

Muat Turun Borang Manual